UTUSAN MELAYAU - 24 March 2009
berita 1 = SPR kesal pembangkang ghairah berkempen sebelum penamaan calon
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, sebarang bentuk kempen seperti penyebaran risalah serta kain rentang yang mempunyai kata-kata menghina dan menghasut sepatutnya tidak boleh dilakukan sebelum penamaan calon pada 29 Mac ini.
''Gantung bendera pun sebenarnya tidak boleh lagi, kalau sudah penamaan calon barulah boleh berkempen. Pada masa itu kempenlah sepuas-puasnya sehingga tengah malam 6 April ini.
''Bagi saya Majlis Perbandaran Taiping (MPT) kena ambil tindakan kerana perbuatan menggantung poster dan bendera mesti mendapat kebenaran terlebih dahulu, jadi kalau sudah ada yang pasang bendera atau poster maknanya ia dipasang secara haram," katanya.
berita 2 = Polis suraikan 5,000 orang sertai perhimpunan haram
SUNGAI PETANI 24 Mac — Polis terpaksa menggunakan “water canon” (semburan air) untuk menyuraikan lebih 5,000 orang yang menyertai perhimpunan haram di hadapan padang awam Taman Ria Jaya, di sini malam tadi.
Dalam perhimpunan yang bermula kira-kira pukul 8.00 malam itu, polis turut menahan beberapa orang termasuk penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi membantu siasatan.
Pada perhimpunan anjuran PKR itu, penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan memberikan ceramah.
Bagaimanapun, Anwar dilihat beredar dengan sebuah kenderaan selepas keadaan menjadi huru-hara.
Kedegilan mereka untuk bersurai walaupun diarah beberapa kali menyebabkan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa bertindak melepaskan gas pemedih mata beberapa kali.
Beberapa penyokong parti pembangkang itu kemudiannya mula bertindak ganas dan membaling batu ke arah polis.
Mereka akhirnya terpaksa bersurai pada kira-kira pukul 1 pagi apabila polis menyembur air dengan menggunakan “water canon”. Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hashim Ali berkata polis tidak mempunyai pilihan dan terpaksa bertindak tegas terhadap kumpulan terbabit.
“Kita tidak boleh membenarkan mereka berhimpun beramai-ramai secara haram atas faktor keselamatan dan lagipun majlis ceramah yang diadakan itu tidak mendapat permit polis,” katanya di sini.
berita 3 = Harakah, Suara Keadilan tidak ikut akta
KUALA LUMPUR 24 Mac - Penggantungan permit Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan adalah disebabkan kedua-dua penerbitan itu melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 dengan menyiarkan laporan yang memutar belit fakta.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataan hari ini berkata, laporan akhbar berkenaan juga mengelirukan maklumat serta cuba untuk menyuntik perasaan benci orang ramai terhadap kerajaan dan pemimpin.
``Dalam pada itu, kedua-dua penerbitan terbabit turut melanggar syarat permit iaitu mesti dijual di kawasan markas dan pejabat parti sahaja, bukan kepada orang awam’,’ kata kenyataan itu.
Pada masa sama, kandungan kedua-dua penerbitan tidak mengikut konsep sebenar iaitu sepatutnya melaporkan berita dan isu berkaitan hal ehwal dalam parti mereka sahaja.
Semalam, KDN menggantung permit penerbitan Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan berkuat kuasa serta-merta.
Sendiri fikir la......
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
3 years ago
No comments:
Post a Comment