Wednesday 25 March 2009

Ulasan Perhimpunan Agung Shitt

Berita 1
Pemuda Umno Pulau Pinang gesa Fairus letak jawatan ADUN
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK- M star 25 March 2009

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno Pulau Pinang hari ini mendesak bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti kerana gagal membela nasib kaum Melayu di negeri itu.

Salah seorang perwakilan, Zaidi Mohd Said berkata tindakan Fairus meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri jelas menunjukkan beliau menjadi boneka kepada DAP yang menjadi tulang belakang pentadbiran negeri itu.


Wow...cayala... selama ni yang United Malay dok jaga orang Melayu Penang selama 50 tahun.. hebat sgt la melayu penang tu???

woit..aku rasa pemuda umno penang ni sume jenis cakap putaq2...hhehe... selama ni United Malay jadi boneka Party Gerakan tak pe plak..adoi...penin aku...


Berita 2
Malaysia akan terus perangi ketidakadilan, kata Najib
Mstar- 25march 2009

KUALA LUMPUR: Malaysia akan terus memerangi sebarang ketidakadilan terhadap kemanusiaan, khususnya membabitkan rakyat Palestin sekarang dengan apa juga cara yang termampu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Perdana Menteri berkata Malaysia harus menegakkan prinsip keadilan itu untuk semua tanpa mengambil kira agama mahupun kumpulan etnik.
"Rakyat Palestin layak dan patut mendapat hak keadilan. Adalah tidak wajar kita sebut tentang prinsip kemanusiaan dan keadilan kalaulah prinsip keadilan dan kemanusiaan ini hanya dirasai sebahagian rakyat dunia dan sebahagian lain tidak merasainya


Betui..betui...kedialan buat semua..justice for allTANTUYA...



Tuesday 24 March 2009

Democratic or autocratic?

UTUSAN MELAYAU - 24 March 2009

berita 1 = SPR kesal pembangkang ghairah berkempen sebelum penamaan calon

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, sebarang bentuk kempen seperti penyebaran risalah serta kain rentang yang mempunyai kata-kata menghina dan menghasut sepatutnya tidak boleh dilakukan sebelum penamaan calon pada 29 Mac ini.
''Gantung bendera pun sebenarnya tidak boleh lagi, kalau sudah penamaan calon barulah boleh berkempen. Pada masa itu kempenlah sepuas-puasnya sehingga tengah malam 6 April ini.
''Bagi saya Majlis Perbandaran Taiping (MPT) kena ambil tindakan kerana perbuatan menggantung poster dan bendera mesti mendapat kebenaran terlebih dahulu, jadi kalau sudah ada yang pasang bendera atau poster maknanya ia dipasang secara haram," katanya.

berita 2 = Polis suraikan 5,000 orang sertai perhimpunan haram

SUNGAI PETANI 24 Mac — Polis terpaksa menggunakan “water canon” (semburan air) untuk menyuraikan lebih 5,000 orang yang menyertai perhimpunan haram di hadapan padang awam Taman Ria Jaya, di sini malam tadi.
Dalam perhimpunan yang bermula kira-kira pukul 8.00 malam itu, polis turut menahan beberapa orang termasuk penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi membantu siasatan.
Pada perhimpunan anjuran PKR itu, penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan memberikan ceramah.
Bagaimanapun, Anwar dilihat beredar dengan sebuah kenderaan selepas keadaan menjadi huru-hara.
Kedegilan mereka untuk bersurai walaupun diarah beberapa kali menyebabkan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa bertindak melepaskan gas pemedih mata beberapa kali.
Beberapa penyokong parti pembangkang itu kemudiannya mula bertindak ganas dan membaling batu ke arah polis.
Mereka akhirnya terpaksa bersurai pada kira-kira pukul 1 pagi apabila polis menyembur air dengan menggunakan “water canon”. Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hashim Ali berkata polis tidak mempunyai pilihan dan terpaksa bertindak tegas terhadap kumpulan terbabit.
“Kita tidak boleh membenarkan mereka berhimpun beramai-ramai secara haram atas faktor keselamatan dan lagipun majlis ceramah yang diadakan itu tidak mendapat permit polis,” katanya di sini.

berita 3 = Harakah, Suara Keadilan tidak ikut akta

KUALA LUMPUR 24 Mac - Penggantungan permit Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan adalah disebabkan kedua-dua penerbitan itu melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 dengan menyiarkan laporan yang memutar belit fakta.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataan hari ini berkata, laporan akhbar berkenaan juga mengelirukan maklumat serta cuba untuk menyuntik perasaan benci orang ramai terhadap kerajaan dan pemimpin.
``Dalam pada itu, kedua-dua penerbitan terbabit turut melanggar syarat permit iaitu mesti dijual di kawasan markas dan pejabat parti sahaja, bukan kepada orang awam’,’ kata kenyataan itu.
Pada masa sama, kandungan kedua-dua penerbitan tidak mengikut konsep sebenar iaitu sepatutnya melaporkan berita dan isu berkaitan hal ehwal dalam parti mereka sahaja.
Semalam, KDN menggantung permit penerbitan Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan berkuat kuasa serta-merta.

Sendiri fikir la......

demokrasi????autokrasi????

aku betul2 terkejut bila dapat call dr abah aku yang cakap ceramah anwar kat sp taman ria jaya kene serang ngan f ar yuuu...ceramah yang begitu besar yang dihadiri lebih dr 10k diserang dgn gas pemedih mata n air chemical...ada otak ka itu f ar yu??mst la ada ank2 yang ikut, pakcik2, makcik2,mak2...

korang yang tak pnh g demo (kecuali demo united malay national organization) mst tau macam ner sakitnya kene gas pemedih mata..abis tekak2 pijau...mujur la ada peniaga2 yang bg garam buat legakan sakit...tak macam demo kat kl...sume orang dah bawa supply garam masing2..dalam ceramah, sapa plak yang nak bawa garam???adoi.....

aku naik tak faham macam ne la org atasan yang jd pengikut gerombolan boleh g serang rakyat macam tu sekali...?bukan kah kawasan ni dah masuk dalam dun bukit selambau yang nak ada pilihanraya dua tiga hari lagi???korang ingat bila buat macam ni..org jadi takut ker????
bukan jadi takut la...jadi MARAH ada la.....tak kan ilmu matematik macam ni pun tak boleh analisa???

so kepada org2 yang kene semalam tu....tak kira la..peniaga ke...org gomen ke, org pas ke...org united Mlay Nationbal Organization ke, org keadilan ke, orang samy blue ke....kalau berani g la dgr ceramah saudara anwar ibrahim lagi...hehe....mst kene mandi air gatal nant..kecuali korang mmg manusia berani...hehehe...

Saturday 7 March 2009

PPSMI...ngok ngek




tahniah rakyat malaysia...tahniah adik aku..semua anda sebahagian dr sejarah....

hari ni demo besar2ran bantah PPSMI dan hantar memorandum berjalan kat KL...aku kat sini dapat ikut info je...terharu..paling terharu atas keberanian dan semangat pejuang bahasa tersohor A Samad Said yang turut terlibat dalam perarakan ke istana negara...
ramai bila kau tanya pendapat pasal PPSMI (warga pendidikan tinggi kat UK ni) yang setuju PPSMI patut diteruskan..sbb boleh bantu pelajar kuasai ilmu terutama sekali bila datang ober sea...aku setuju PPSMI dapat bantu pelajar kuasai ilmu tapi berapa ramai pelajar malaysia yang melanjutkan pelajaran ke ober sea??berapa peratus budak2 sekolah rendah yang akhirnya akan masuk university?

isu paling utama sekarang ialah masalah yang akan dihadap oleh anak2 melayu di kg untuk belajar math n sains dalam English...macam aku dulu sekolah di Sk.Men.Keb.Sik...
untuk aliran biasa (bukan arab ada 7 clas tingkatan 1...dalam 7 clas tu...cuma 1 classs yang pelajarnya agak terer...iaitu class aku...hehe...so bayangkan mamat2 yang lagi 6 class tu nak blajar????? ada yang nak mengira pun tak tau...

bayang kan sume plajar ada 7 x 30 orang = 210. yang class aku semua UPSR 4A n 3A...so ada lagi (210-30) = 180...katalah PPSMI cuma dapat diikuti oleh 50% pelajar...maka 0.5x180 = 90 orang pelajar lain akan totally ngok dalam math, sains and ngok juga dalam inlish...
so kita kan hasilkan 42% pelajar yang totally ngok dalam ketiga2 matapelajaran ni...hampir separuh pelajar yang totally ngok....bayangla...

apapun kalau untuk pelajar terer mmg la bagus..tapi macam dalam kelas aku tu 30 orang..mungkin cuma 15 orang masuk u...n aku pastu cuma aku sorang datang UK...n aku pasti yang lain2 tak pernah blajar kat ober sea...so..what for...???

apapun...tahniah...salute tu pejuang anak bangsa..salute tu Pak Samad 72 tahun...salute tu irfan 17 tahun....lawan terussssss...........